Dah terlalu lama tak update blog ni. Bukan setakat bersawang lagi, kalau dah ada labah-labah mungkin dah sebesar gajah agaknya.... Entah tak pasal-pasal rasa nak update blog pulak. Sayang rasanya nak tutup begitu sahaja.... Mana tahu, masih berfaedah.
Kehidupan kini Alhamdulillah.. semakin bertambah baik. Anak-anak semakin besar dan cukup menghiburkan..(walaupun kadang-kadang angin juga dibuatnya!!)
Contract kerja pun dah disambung....
Rezeki Alhamdulillah... tak putus (Ya Allah, hindarkanlah aku dari sifat bakhil dan kedekut..!).
Pendek kata semuanya OK. Masalah remeh temeh asam garam di tempat orang tu biasa la kan....
Walaupun, ramai yg dah beralih ke FB, rasanya, blog ni masih relevan lagi, sekurang2nya sebagai catatan peribadi... Dan semoga masih dan terus bermanfaat disampaing menjadi medium untuk kita berpesan-pesan antara satu sama lain... InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment