Saturday, February 27, 2010

Adakah Kita Seperti Buih Di Lautan?

Salam...
Lama dah tak update blog. Kesempatan tu memang ada cuma agak kekurangan bahan...
Buih... kenapa letak gambar buih?Bila tengok gambar buih ni, teringat aku antara pesanan baginda Rasulullah s.a.w mengenai ramainya umat islam di akhir zaman nanti, tetapi bagaikan buih-buih di lautan... tak bermakna, tak berkualiti.... banyak bercakap tapi habuk pun tarak.... menyebabkan umat islam diratah-ratah dengan mudahnya. Nampaknya, pesanan itu telah menjadi kenyataan.
Hari ini kita mendakwa cinta kan Rasulullah s.a.w. tetapi tidak mahu mengikut sunnahnya.
Kalau setakat tak dapat berarak di jalan nak sambut Maulud Nabi lalu kita marah-marah, melenting dalam surat khabar dan sebagainya... itu bukan tanda kita sayangkan Nabi. Sayangkan Nabi hendaklah dengan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, mengikut perintahnya, meninggalkan larangannya dan kita mengikut apa yang menjadi sunnah Rasulullah s.a.w. Jadi sesiapa yang nak sambut sangat Maulud Nabi, isilah program-program yang penuh dengan iktibar, majlis-majlis ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah. Tak payahlah berarak sakan, kerana itu membazir tenaga dan tak dpat meningkatkan kualiti umat. Kalaulah berarak itu dapat meningkatkan kualiti umat, dah lama dah dulu para sahabt berarak sakan keliling Mekah ke, Madinah ke... padang pasir ke!!
(NOTA: DI ARAB SAUDI INI, MENYAMBUT MAULUD NABI DI HUKUMKAN HARAM DAN BIDAAH. BIDAAH INI TEMPATNYA ADALAH NERAKA... MAULUD NABI DIPERCAYAI BERPUNCA DARI KERAJAAN FITIMIYAH MESIR YG MERUPAKAN SATU DARI CABANG SYIAH... JADI FIKIR-FIKIRKAN LAH. SILA RUJUK KEPADA USTAZ-USTAZ YANG MAHIR. JANGAN LAH RUJUK PADA ULAMAK UMNO PULAK...YANG BANYAK MEMAKAI HUJAH AKAL DAN MEMBODEK).
(12 Rabiul Awwal 1431H)

0 comments: