Hari ini, blog 'Pesanan Buat Kita' genap berusia 2 tahun. Walaupun tidak seaktif dulu, tapi masih wujud di pesada IT ini. Ada dua sebab kenapa sekarang ini agak kurang aktif: Pertamanya, memang aku agak sibuk. Tak ada masa nak fikir pasal blog. Keduanya, dari segi semangat agak menurun memandangkan minat pengunjung pada blog-blog dari Yanbu ini sudah menurun. Dulunya, blog-blog kami ini menjadi rujukkan dari rakan-rakan Malaysia yang berhajat ke Arab Saudi ni. Sekarang ni, dah tak de orang Malaysia yang nak ke Yanbu lagi. Maka, blog-blog kami ni hanya menjadi tatapan pengunjung tetap sahaja dan ahli keluarga kami sendiri.
Apa pun, moga blog ini akan membawa manfaat yang tersendiri.. InsyaAllah.

0 comments:
Post a Comment