Saturday, November 8, 2008

Panggilan Haji, telah tiba lagi....!

Lawatan ke ladang unta. Sempat juga kami membeli susu unta... Ada orang cukup sensitif dengan susu unta ni. Aku ok jeee!
Langit Madinah kelihatan berawan tebal... sungguh hebat. Subhanallah. Musim sejuk sudah bermula di Kota ini.

Masjid Nabawi... Mula di penuhi oleh para jemaah haji dari seluruh dunia, termasuk dari Malaysia.


Sebahagian dari Bukit Uhud.... aku rasa sebahagian besar pembaca dah maklum dengan sejarahnya.


Alya dengan pakaian ala-ala winter sonata, yang baru di beli di Masjid Quba.

Alya dan Ibu Alya bergaya di bukit kecil, di mana pasukan pemanah Rasulullah s.a.w di tempatkan.

Panggilan Haji, Telah Tiba lagi

Menunaikan Ibadah, Panggilan Baitullah

Tanah Suci Mekah, Ya Makkatulmukarromah..

Lagu yang biasa kita dengar bila tiba musim haji.

Hari ini Jumaat 7 Nov 2008, sekali lagi kami berkesempatan mengunjugi Kota Madianah

yang cukup terkenal di kalangan umat Islam. Tak payahlah di ceritakan dengan detail akan kehebatan kota ini.

Aku, anak dan isteriku, sebahagian dari ahli keluarga Ahadin dan Hj Fadhil memulakan perjalanan dari Yanbu seawal jam 0730 pagi waktu Yanbu (bukan waktu M'sia).

Kami tiba di Masjid Quba kira-kira 2 jam kemudian. Sempatla kami menunaikan solat sunat di sana. Kami juga sempat 'bershopping ringan-ringan' di sana...

Ada sedikit kelainan kali ini.... sebaik sahaja pintu 'windstar' ahadin dibuka, angin dingin menerjah muka kami. Sungguh nyaman. Mungkin suhu sekitar 20deg. C.

Setiba di Masjid Nabawi, jemaah haji dari seluruh dunia sudah mula membanjiri kawasan masjid. Kebanyakkan dari Indonesia, Malaysia dan Turkey.... sempat juga memberi salam pada beberapa jemaah Malaysia. Mudah-mudahan, mereka semua akan mendapat Haji yang mabrur... InsyaAllah.

Trip kali ini, bukan setakat trip ibadah, tapi juga merupakan trip lawatan ke Bukit Uhud, Bukit Magnet, Kawasan lelong barang terpakai, lawatan ke Ladang Unta dan juga 'lawatan ke Jarir Book store'. Alhamdulillah... dengan kehebatan 'GPS' kami, semuanya berjalan lancar. Kalau setakat GPS Zainuddin tu, simpan je kat pocket...
Mudah-mudahan, dengan lawatan sebegini akan menambahkan lagi ingatan kita kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat dan bukannya tokeh-tokeh kedai sekitar Madinah.
(9 Dzul Qaeda 1429H)
























4 comments:

OBM said...

Lemangggg, mung mengata GPS aku ka???Kalau tak dengan jasa gps aku tu tak derlah mung kenal kilang susu AMARAI tu kat maner...hehhehehe

leman said...

Bila nak gi kilang susu al marai lagi?? Mu sejak ada wang Azmi, dah tak ajak aku jalang lagi dah...

OBM said...

aku masih lagi gitu2...sama..almaklumlah keta masih kongsi2..mcm mung lainlah dah ada keta sendiri...heheehe..jangan mare...lain kali nak jln2 calling2lah...

Amie said...

Ahaa kann ... aku lagi la ... takde sapa pong nak calling2 ...